Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170915 215702IMG 20170915 215719 1IMG 20170915 224015IMG 20170915 230815

 

BUKIT IBAM, 15 Sept 17 – Majlis Sambutan penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia anjuran Skn 322 TUDM Bukit Ibam telah diadakan bertempat di Dewan Sri Ibam Skn 322. Sambutan ini diadakan sempena memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963 yang menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Majlis yang bermula pada jam 8 malam ini telah dihadiri oleh Pegawai Memerintah Skn 322, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM dan juga telah mendapat sambutan daripada seluruh warga Skn 322 bersama keluarga. Antara pengisian aktiviti sepanjang majlis sambutan ini adalah seperti tayangan Wayang Pacak oleh Jabatan Penerangan Daerah Rompin, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan seragam patriotik, persembahan tarian dan juga puisi kemerdekaan. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang serta cenderahati kepada Jabatan Penerangan Daerah Rompin dan juga pertunjukan bunga api.