Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

image4image5image6image7image8image9IMG 20170924 WA0053IMG 20170924 WA0070IMG 20170924 WA0080

LABUAN, 24 Sep 17 - Karnival Sukan 1 Keluarga (KS1K) Zon Malaysia Timur dengan tema "Bangkit Bersama Sukan 1 Keluarga" telah berlangsung di Pangkalan Udara Labuan pada 23 hingga 24 Sep 17.

Karnival ini dimulai dengan perasmian oleh Panglima Wilayah Udara 2 , YBhg Mej Jen Dato’ Hj Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM dengan disaksikan oleh Komander Pangkalan Udara Labuan, YBhg Brig Jen Dato' Sardon bin Hassan TUDM dan isteri serta Komander PU Kuching , YBhg Kol Yee Yit Hong TUDM dan isteri. Seterusnya acara diteruskan lagi dengan acara senamrobik oleh BAKAT Udara Labuan yang disertai oleh semua warga pangkalan bersama keluarga.

Selain itu, acara sukan yang dipertandingkan di dalam karnival ini adalah Futsal, Badminton, Petanque, Sukan Rakyat serta Sukaneka Kanak-kanak.. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YBhg Datin Seri Norainy binti Shahar Alam serta rombongan Jemaah Tertinggi BAKAT Udara bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.