Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8478DSC 8692DSC 8713DSC 8771DSC 8969DSC 9034

GONG KEDAK, 30 Sep 17 - Karnival Sukan 1 Keluarga (KS1K) telah berjaya dilaksanakan di Pangkalan Udara Gong Kedak selama 2 hari bermula 29 Sep hingga 30 Sep 2017. Acara yang dipertandingkan adalah boling padang, petanque dan badminton serta turut juga diadakan acara kekeluargaan yang merangkumi sukaneka bagi kanak-kanak, sukan rakyat dan futsal bagi belia/beliawanis.

Acara Pembukaan Karnival Sukan 1 Keluarga telah diadakan di Komplek Sukan Gong Badak yang dirasmikan oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Suhaimi bin Hussain TUDM serta isteri, Puan Noor Suriati binti Mohd Suri selaku Pengerusi BAKAT Pangkalan dengan acara pertama boling padang.

Pada hari pertama telah berlangsung acara boling padang yang telah diadakan di Komplek Sukan Gong Badak dan Futsal diadakan di gelanggang futsal Beris Pak Abu. Bagi acara boling padang telah dimenangi oleh Cawang Tadbir manakala bagi acara futsal belia dimenangi belia Cawang Kejuruteraan dan beliawanis Gabungan Materiel/ Skn 321. Pada hari kedua telah berlangsung acara badminton yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Pangkalan dan acara Petanque serta sukaneka diadakan di Padang Petanque Pangkalan Udara Gong Kedak. Bagi acara badminton telah dimenangi Cawang Kejuruteraan dan acara Petanque dimenangi Cawang Tadbir.

Kesemua acara yang dipertandingkan diwakili oleh anggota dan isteri serta anak-anak anggota bagi mengeratkan hubungan silatulrahim serta memupuk semangat setiakawan, bekerjasama dan toleransi di kalangan warga Pangkalan Udara Gong Kedak.