Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0289DSC 0086DSC 0096DSC 0271DSC 0378DSC 0387 crop

JERANTUT, 30 Sep 17 – Markas Wilayah Udara 1 (Mawilud 1) telah menganjur satu Program Pemantapan Jati Diri bermula dari 28 Sep sehingga 30 Sep 17 di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Objektif program yang melibatkan 80 orang pegawai dan LLP itu diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta mempertingkatkan kemahiran asas ketenteraan dan kompetensi serta melatih dan menguji tahap pencapaian anggota semasa berada di kawasan hutan selain memupuk semangat setiakawan dikalangan peserta.

Antara aktiviti yang telah diatur sepanjang program berlansung adalah taklimat keselamatan, peraturan dan kawasan larangan yang disampaikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN), pelajaran ikhtiar hidup, pelajaran Combat Medic, kelas Solat Medan dan Tazkirah, Team Building, Program Jiwa Murni membersihkan menara peninjau haiwan liar, Jungle Tracking & Canopy Walk, Program Pautan Kasih Kampung Dedari (kampung Orang Asli) dan lawatan ke Lubok Tenor (Sanctuary Kelah).

Mawilud 1 turut mengadakan Majlis Makan Malam dan Pertukaran Momento yang telah disampaikan oleh Panglima Wilayah Udara 1, YBhg Mej Jen Dato’ Hj Mohd Faudzi bin Hj Ahmad TUDM dengan diiringi oleh Ketua Staf Mawilud 1, YBhg Brig Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM kepada Ketua Pengarah PERHILITAN Kuala Tahan, YBhg Dato’ Abd Kadir bin Abu Hashim sebagai tanda penghargaan kepada pihak PERHILITAN yang banyak membantu bagi menjayakan program tersebut.