Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

086cd0db c768 4ccc 8955 a712d48a7cdd343ccdb2 deee 466e bdb0 36a83440d7ed5317a7cf a904 4d38 ba55 0111228d1bbcca8d40e1 bd26 4dc6 a21a 797dfbeadc5fe9faf188 f4fc 49fc 92bf 97120ae597fd

KUALA LUMPUR, 5 Okt 17 – Bengkel Kesedaran dan Pengukuhan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Markas Tentera Udara bagi Tahun 2017 telah diadakan selama dua hari di Perpustakaan Kementah. Bengkel ini disertai seramai 50 peserta dari keseluruhan zon kawasan tanggungjawab di Markas Tentera Udara.

EKSA merupakan inisiatif Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit atau MAMPU dalam menambah baik pelaksanaan Amalan 5S di Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti.

EKSA bertujuan mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi, menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran melalui pembudayaan amalan hijau, dan elemen pengauditan yang memenuhi kepelbagaian fungsi dan premis agensi kerajaan.

Majlis penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh AKS Operasi dan Strategi, YBhg Mej Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM dan turut dihadiri oleh AKS Kejuruteraan, YBhg Mej Jen Dato’ Ir Razali bin Abd Ghani TUDM, Inspektor Jeneral Tentera Udara, YBhg Mej Jen Dato’ Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM dan Timbalan AKS Operasi P&P, YBhg Brig Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM.