Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Dis 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20171005 WA0005IMG 20171005 WA0006

IMG 20171005 WA0007IMG 20171005 WA0008

 

 BUKIT IBAM, 4 Okt 17 – Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam telah menganjurkan Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang bertajuk “Ancaman dan Cabaran Umat Islam Masa kini”. Forum ini telah berlangsung selama dua jam bertempat di Dewan Sri Ibam, Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam.

Penceramah Khas yang dijemput ialah Dato Hj Badli Shah bin Hj Alaudin dan Pencetus Ummah (PU) Mohd Fakhrul bin Md Zarin, manakala moderator adalah Al Fadhil Ustaz Azri bin Abd Rajid. Kira-kira 400 penonton yang hadir mendengar forum perdana ini, antaranya jemputan dari penduduk sekitar Bukit Ibam dan Muadzam, wakil-wakil dari Ketua Jabatan Kerajaan. Turut hadir adalah ADUN Bukit Ibam, Pegawai Memerintah bersama isteri dan pegawai - pegawai dari Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam.