Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 2382IMG 2377IMG 2352

KUALA LUMPUR, 13 Okt 17 - Bahagian Materiel, Markas Tentera Udara (MTU) telah menganjurkan Kursus Packaging and Preservation bagi pegawai dan anggota lain-lain pangkat ketukangan Materiel pada 9 hingga 13 Okt 17 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur. Kursus yang dianjurkan dengan kerjasama pihak UTM adalah bertujuan untuk memperkasakan pengetahuan para peserta dalam aspek packaging and preservation.

Kursus ini telah dihadiri oleh 25 orang peserta yang terlibat secara langsung dalam proses packaging and preservation di unit serta jurulatih INSMAT. Selain itu juga, kursus ini dapat memberi pendedahan kepada semua peserta mengenai teknologi terkini yang digunakan oleh pihak industri.

Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah Belanjawan, YBhg Kol Hj Zainal bin Abd Manaf TUDM dan turut dihadiri Pengurus Latihan UTM iaitu Dr. Asnul Dahar bin Minghat.