Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

image2image3image4image5image6

LABUAN, 14 Okt 17 - Program Hari Sukan Negara peringkat PU Labuan telah diadakan di Mini Stadium PU Labuan bermula jam 0645 sehingga jam 1000 yang melibatkan semua peringkat pegawai dan anggota LLP beserta keluarga.

Program pertama iaitu aktiviti senamrobik bermula sejurus selepas ketibaan Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato Sardon bin Hassan TUDM bersama Eksekutif Pangkalan.

Program kemudiannya diteruskan dengan aktiviti Fun Walk 3 km dan Pertandingan Futsal antara seksyen. Pada pertandingan futsal ini, Cawang Materiel telah menjadi johan manakala pasukan gabungan Cawang Kejuruteraan/Tadbir dan TP3 telah memperolehi Naib Johan.