Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

image1image2image3image4

LABUAN, 20 Nov 17 - Pangkalan Udara Labuan telah menziarahi mangsa-mangsa kebakaran rumah di Jalan Sawangan Cina, Labuan. Lawatan ini telah diketuai oleh Komander Pangkalan iaitu YBhg Brig Jen Dato' Sardon bin Hassan TUDM bagi menyampaikan sumbangan kewangan dan keperluan asas seperti barangan dapur dan pakaian.

Sumbangan yang dikumpulkan oleh warga PU Labuan itu disampaikan oleh YBhg Komander Pangkalan dalam satu majlis ringkas di kejiranan kawasan kebakaran tersebut. Salah seorang mangsa kebakaran tersebut adalah seorang peniaga di gerai Membedai PU Labuan. YBhg Komander Pangkalan dalam ucapan ringkasnya telah menzahirkan rasa simpati dan berharap keluarga yang terlibat bersabar dan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.