Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0220DSC 0215DSC 0252DSC 0139DSC 0252DSC 0322DSC 0349DSC 0340DSC 0372

SUBANG, 7 Dis 2017 – Pangkalan Udara Subang telah menganjurkan Majlis Khatan Perdana melibatkan 31 anak pegawai dan Anggota LLP pangkalan dan unit lojer. Program ini merupakan anjuran Pejabat Agama (KAGAT) dengan kerjasama 819 RSAT PU Subang dan Tim Perubatan IPP.

Majlis telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato' Shamsudin bin Kassim TUDM serta disaksikan oleh Pengarah IPP, YBhg Brig Jen Dato' (Dr) Zahari bin Jusoh, Pegawai-pegawai Pangkalan, serta para ibu bapa kepada anak-anak yang terlibat.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran dan perasmian oleh Komander Pangkalan serta diserikan dengan paluan kompang oleh Pasukan Kompang Pangkalan di Dewan Ababil sebelum sesi perarakan 31 anak anggota yang terlibat di 819 RSAT.