Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

8d63057b dbb2 4fe7 9421 89f405ee9cbd8ff859b2 d4bc 48fe 845f 66c154897c6cb80fb4c6 1cfe 444e a7ce b9a1ca7f39ede5740b08 c3e6 49e8 8560 c3e847e25753c09c2867 99c1 4e1f b7d2 fade464e893ce07fa296 75d0 4c16 b5ed ce9cd6da016d

KUALA LUMPUR, 11 Dis 17 - Perbarisan Pegawai Memerintah Markas Tentera Udara dan Markas Pemerintahan Operasi Udara (MTU/MPOU) telah berlangsung di Tingkat 20, Wisma Pertahanan hari ini. Perbarisan telah diketuai oleh Mej Riswan bin Mohd Yunus TUDM dan dihadiri seluruh warga MTU/MPOU berpangkat Lt Kol dan ke bawah.

Dalam ucapan Pegawai Memerintah MTU/MPOU, YBhg Brig Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM, beliau amat menegaskan berkenaan isu Daesh yang semakin menular di seluruh dunia dan juga penyalahgunaan dadah di kalangan anggota TUDM. “TUDM tidak akan berkompromi jika ada pegawai dan anggota yang ingkar arahan berkenaan isu tersebut”, kata beliau.

Beliau turut menerangkan Skim Anuiti Veteran (SAVe) dan Bantuan Bakti Negara (BBN) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan anggota tentera yang tidak berpencen. Selain itu, beliau turut menerangkan inisiatif terbaru kerajaan berkenaan dasar penyambung perkhidmatan daripada 21 ke 26 tahun.

Di akhir ucapannya, beliau berharap warga MTU/MPOU sentiasa komited dalam melakukan tugasan untuk aktiviti TUDM yang akan datang seperti Penyampaian Sayap Kehormat kepada SPB YDP Agong dan Majlis Anugerah Kecemerlangan TUDM sebelum tahun 2017 melabuh tirai.

Sejurus selesai perbarisan, MTU - Cawangan Provos Marsyal melakukan ujian saringan kencing bagi memastikan setiap anggota MTU/MPOU bebas dari penyalahgunaan najis dadah.