Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8544DSC 8520DSC 8530DSC 8556DSC 8585DSC 8600

KUANTAN, 15 Dis 17 – Perbarisan Bulanan Ketua Cawang Operasi telah diadakan di perkarangan Flait Bomba Pangkalan Udara Kuantan. Perbarisan diketuai oleh Kapt Norazman TUDM dan dihadiri seramai 12 pegawai dan 40 anggota LLP.

Dalam perbarisan tersebut, Ketua Cawang Operasi, Lt Kol Azizan bin Mat Isa TUDM mengucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai dan anggota Cawang Operasi PU Kuantan yang telah memenangi tempat yang ke-2 dalam Bidang Inovasi Perkhidmatan Kategori Penambahbaikan dengan Projek Bird Strike Mitigation Programme- CD Reflector Triangle di Peringkat Kementerian Pertahanan.

Perbarisan tersebut turut menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Flait Operasi di antara Mej Ariff Hidayatullah bin Mat Som TUDM dengan Kapt Suhaila binti Ramli TUDM dan Pegawai Waran Cawang Cawang Operasi di antara PW U I (W) Zurni Yusnita binti Hamat dengan PW U I Yusri bin Abu Bakar.