Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7331DSC 7424DSC 7668DSC 7676DSC 7859DSC 7884DSC 7300

GONG KEDAK, 14 Dis 17 – Pejabat Agama Pangkalan dengan kerjasama BAKAT Pangkalan telah mengadakan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1439H/2017M Peringkat Pangkalan Udara Gong Kedak. Perarakan seramai 420 anggota termasuk Pegawai dan anggota LLP serta ahli BAKAT yang bermula di Perkarangan MAHTERA Pangkalan dan berakhir di Masjid Ar-Raudhah Pangkalan Udara Gong Kedak dengan jarak 1.4km.

Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM dan isteri Datin Noor Suriati binti Mohd Suri selaku Pengerusi BAKAT Pangkalan telah turut serta bersama Warga Pangkalan Udara Gong Kedak untuk berarak sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Perarakan melibatkan Tujuh Kontinjen iaitu Komander Pangkalan/Pegawai Eksekutif/Pegawai Pangkalan, Pengerusi BAKAT/ahli BAKAT Pangkalan, No 11 Skuadron, Skuadron Bantuan Operasi, Cawang Kejuruteraan, Materiel dan Gabungan Tadbir/Provos/Skn 321/Awam.

Sejurus tiba di Masjid Ar-Raudhah, peserta menunaikan Solat Zohor berjemaah yang di imamkan oleh Pegawai Agama Pangkalan, Mej Anuar bin Mat Zain. Setelah selesai, pemenang pertandingan perarakan diumumkan oleh Pegawai Agama Pangkalan. No 11 Skn telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Sambutan Maulidur Rasul 1439H/2017M, manakala Naib Juara telah disandang oleh Skuadron Bantuan Operasi. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Komander Pangkalan.

Penceramah jemputan dari Jabatan Oftalmologi Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan, Prof Madya Dr Mohtar bin Ibrahim telah diundang khas menyampaikan ceramah bertajuk “Mencontohi Rasullullah sebagai Pemimpin Agung dan Panglima Perang” bertepatan dengan tema Maulidur Rasul 1439H/2017 “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” sejurus selesai solat Maghrib berjemaah.