Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20171213 WA0034

LUMUT, 13 Dis 17 – Kejohanan Futsal Antara Perkhidmatan ATM 2017 yang berlangsung di Manjung Indoor Sport Arena, Lumut pada 12 hingga 13 Dis 17 ini merupakan penganjuran buat pertama kalinya dan diperkenalkan diperingkat ATM.

Seperti yang dijangka, ramalan awal kejohanan ini tertumpu kepada dua buah pasukan pilihan yang sering diramalkan untuk beraksi diperingkat akhir iaitu pasukan TD dan TLDM. Dimana rata-rata pemain yang dimiliki oleh kedua-dua perkhidmatan tersebut pernah beraksi untuk pasukan futsal ATM pada saingan Liga Futsal Kebangsaan.

Walaubagaimanapun, dengan semangat sepasukan yang tinggi serta teknik dan "skill" individu yang baik, para pemain futsal TUDM berjaya menunjukkan satu persembahan permainan yang luar biasa sehingga berjaya mara ke perlawanan akhir kejohanan menentang TLDM. Walaupun tewas pada perlawanan akhir, pasukan futsal TUDM tetap memberikan satu saingan yang sengit kepada pasukan futsal TLDM. Seramai 10 orang pemain TUDM dipilih untuk menyertai kem latihan pasukan futsal ATM bagi tahun 2018. Tahniah diucapkan kepada semua pihak pengurusan dan pemain yang telah berjaya.