Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

image6image3image2image4image8

LABUAN, 22 Dis 17 - Pangkalan Udara Labuan telah mengadakan Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan yang terakhir pada tahun ini bertempat di perkarangan Pergerakan Udara Pangkalan pada pagi ini.

Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato' Sardon bin Hassan TUDM telah menyempurnakan perbarisan yang telah diketuai oleh Mej Shaffar Husni bin Salim TUDM. Dalam majlis tersebut seramai 2 Pegawai berpangkat Kapt TUDM telah dinaikkan ke pangkat Mej TUDM iaitu Kapt Mohd Khairol Fadly bin Abu Bakar TUDM dan Kapt Mohammad Taufiq bin Norshadat TUDM manakala seramai 30 anggota LLP daripada pelbagai ketukangan juga telah dinaikkan pangkat.

Dalam majlis Perbarisan ini juga telah berlangsungnya penerima Sijil Khidmat Terpuji kepada 3 anggota LLP iaitu FSjn Abdul Aziz bin Omar dari No 5 Skn, Kpl U Amirul Muhd Hakim bin Selamat dari No 14 Skn serta LU I Muhd Yazid bin Che Ani dari No 6 Skn pada tahun ini.

Dalam ucapan YBhg Komander Pangkalan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan syabas dan tahniah kepada semua warga PU Labuan kerana telah sama-sama menjayakan pelbagai acara yang berlangsung di pangkalan sepanjang 2017 seperti Karnival Sukan 1 Keluarga, Eksesais Mini PARADISE dan lain-lain lagi.

Antara intipati ucapan YBhg Komander Pangkalan yang lain, beliau juga mengingatkan kepada semua warga PU Labuan agar menjaga disiplin serta tidak terlibat didalam kes-kes yang berkaitan dengan Akta Racun dan Dadah merbahaya. Disamping itu, YBhg Komander Pangkalan juga sempat mengucapkan Selamat Hari Natal kepada warga pangkalan yang menyambutnya serta Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua.