Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20171229 092818IMG 20171229 092630IMG 20171229 092952

LABUAN, 29 Dis 17 - Pangkalan Udara Labuan telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Taklimat Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) kepada warga Pangkalan. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Cawang Tadbir, Mej Muhamad Rizal bin Sabran TUDM.

Taklimat ini bertujuan memberi penerangan kepada anggota ATM yang bertugas di Pangkalan Udara Labuan berkaitan program SASaR yang telah dilancarkan oleh Menteri Pertahanan dan bertujuan memberi peluang kepada anggota ATM memiliki rumah kediaman sendiri.

Taklimat yang telah disampaikan di Dewan Banquet Pangkalan telah dihadiri oleh Eksekutif Pangkalan, Pegawai dan anggota pangkalan serta pegawai dan anggota dari Markas Wilayah Udara 2.