Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Jun 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

image2image3image4

JOHOR BAHRU, 3 Jan 18 - Skn 323 TUDM Bukit Lunchu telah mengadakan Program Derma Darah bertempat di Skn 323 dengan kerjasama Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Objektif program ini  adalah bagi menyahut kempen Derma Darah oleh Hospital Sultanah Aminah (HSA). Pegawai Perubatan HSA memaklumkan kempen yang dianjurkan ini adalah bagi menampung keperluan bekalan darah di Hospital.

Program yang disokong sepenuhnya oleh Pegawai Memerintah Skn 323 disifatkan berjaya kerana telah menyumbangkan sejumlah 60 pain darah. Ini menunjukkan warga Skn 323 dan anggota TUDM amnya mempunyai kesedaran yang tinggi dan prihatin untuk membantu bagi tujuan kecemasan dan menyelamatkan individu yang memerlukan di Hospital.