Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Jan 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

8cabcbce 849b 4b5f a47d a471d7247bd8b5581ba0 8f92 497f a361 9af7c1059772bba9a6c1 b337 4f95 b990 3d76b47bc61ad4e60240 c30b 4244 ba2a d200835487adf2bb4e82 8835 43fa 83ca 18018650df3cf70d232f 58e9 43ec a687 dc2e413e29e3DSC 1418DSC 1428

SUBANG, 4 Jan 18 – Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, YBhg Mej Jen Dato’ Ir Razali bin Abdul Ghani TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Kerjasama Pintar TUDM dan AIROD bagi Tim Ketiga yang berlangsung di AIROD Sdn. Bhd. Seramai 16 orang juruteknik TUDM dari pesawat C130 dan Nuri telah berjaya menamatkan program yang berlangsung selama 2 tahun bermula pada 2 Januari 2016 sehingga 2 Januari 2018.

Program kerjasama ini merupakan salah satu platform dalam memperkasakan TUDM serta langkah penjimatan sepertimana yang dinyatakan oleh pucuk pimpinan TUDM di dalam Perintah Ulung PTU. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada anggota kejuruteraan memperoleh pengalaman, kemahiran dan menggunakan infrastrutur yang terdapat di AIROD Sdn Bhd serta dapat mempraktikkan ilmu yang ditimba di skuadron dan unit masing-masing.

Dalam majlis yang sama, Asisten Ketua Staf Kejuruteraan turut menyempurnakan Majlis Pembukaan Kerjasama Pintar TUDM dan AIROD bagi Tim Keempat yang disertai seramai 16 orang juruteknik TUDM. Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AIROD Sdn. Bhd, Kol. Hj. Muhammad Suhaimi bin Hj. Ashari TUDM, Pegawai-pegawai Kanan TUDM serta pihak pengurusan AIROD.