Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

SUBANG, 10 Jan 17 - Pusat Kawalan Lalulintas Udara Bersama TUDM (PUKALUB Subang) telah mengadakan Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah serta upacara pemakaian pangkat bagi anggota Lain-lain Pangkat di dewan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (JPAM) Subang dan Majlis Tahlil bulanan PUKALUB.

Perbarisan terdiri daripada 54 anggota Lain-lain Pangkat dan 5 orang pegawai yang diketuai oleh Kapt Mohd Hasrul bin Hasan TUDM manakala Pegawai Waran Perbarisan, PW U I Nor Ismadi bin Sharifuddin.

Seramai 5 anggota lain-lain pangkat telah dinaikkan pangkat berkuatkuasa pada 02 Jan 18 iaitu Kpl U Mohd Hanief bin Hariri dan Kpl U Mohd Ruzaihan bin Abdul Mothalib dinaikkan ke pangkat Pangkuan Sjn U manakala LUK Nor Shahidi bin Sumardi dan LUK Mohd Hafizul bin Md Nor dinaikkan ke pangkat Pangkuan Kpl U manakala LU I Muhammad Syariff bin Samsudin dinaikkan ke pangkat Laskar Udara Kanan. Pemakaian pangkat tersebut telah dilaksanakan oleh Pegawai Memerintah PUKALUB.

Tahniah diucapkan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat.