Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2358

HULU LANGAT, 11 Jan 18 - Satu program kemasyarakatan "Program Jiwa Murni" telah diadakan di Masjid dan Pusat Tahfiz Pangsun, Hulu Langat. Program ini telah dijayakan oleh pihak TUDM dari Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) dengan diketuai oleh Mej Khairizam TUDM bersama Ajk masjid dan anak-anak dari Pusat Tahfiz Pangsun serta warga Markas. Perjalanan majlis berjalan dengan lancar dengan dimulakan dengan aktiviti gotong-royong dan diakhiri dengan pemberian sumbangan ikhlas daripada warga MAWILUD 1. Selesai program bersama anak2 tahfiz, semua warga Program Jiwa Murni bersama-sama mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Pegawai Agama Markas Wilayah Udara1 iaitu Kapt Aszaruddin. Selepas menunaikan solat Jumaat, majlis bersurai.