Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 6866DSC 6870DSC 6981

GONG KEDAK, 15 Jan 18 - Perbarisan Bulanan Ketua Cawang Kejuruteraan telah diadakan di Pusat Service Teknikal Cawang Kejuruteraan, Pangkalan Udara Gong Kedak. Perbarisan terdiri daripada 3 Pegawai dan 120 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Kapt Muhammad Najib bin Mad Saad TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan, PW U II Mohd Noor Azizi bin Aziz.

Dalam majlis tersebut Ketua Cawang Kejuruteraan, YBhg Lt Kol Nornizam bin Kamarudin TUDM juga telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada 17 anggota lain-lain pangkat yang terdiri daripada seorang anggota Pegawai Waran Udara II dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran Udara 1, tiga anggota berpangkat Flait Sarjan ke Pegawai Waran Udara II , seorang anggota berpangkat Sjn U ke Flait Sarjan, dua anggota berpangkat Kpl U ke Sarjan Udara, seorang anggota berpangkat LUK ke Koperal Udara manakala seramai 9 anggota berpangkat LU I ke Laskar Udara Kanan.

Ketua Cawang Kejuruteraan mengucapkan tahniah kepada anggota yang baru dinaikkan pangkat semoga dengan kenaikan pangkat pada tahun baru ini akan memberi semangat kepada anggota untuk terus meningkatkan prestasi kerja serta berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.