Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1118DSC 1124DSC 1177DSC 1187DSC 1241DSC 1270

GONG KEDAK, 16 Jan 18 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Kejohanan Hoki dan Lawn Ball antara Seksyen melibatkan 6 pasukan yang telah berlangsung di Stadium Hoki dan Padang Lawn Ball Gong Badak, Kuala Terengganu.

Antara pasukan yang terlibat adalah No 11 Skuadron, Cawang Kejuruteraan, Skuadron Bantuan Operasi, Skuadron 321, Gabungan Tadbir/Provos dan Cawang Material. Bagi perlawanan hoki Pasukan dari No 11 Skuadron telah berjaya mempertahankan kejuaraan dengan menjuarai Kejohanan hoki tahun 2018 pada kali ini dengan mengalahkan Pasukan Skuadron Bantuan Operasi pada perlawanan akhir. Manakala bagi perlawanan akhir Lawn Ball telah dimenangi dari Pasukan Gabungan Tadbir/Provos dengan menewaskan dari Pasukan Cawang Material.

Kejohanan ini diadakan untuk mencari pelapis baru yang berbakat serta mencungkil kebolehan dalam bidang sukan untuk mewakili Pangkalan dan Perkhidmatan serta menanamkan semangat kesukanan yang tinggi dalam membentuk amalan gaya hidup yang sihat di kalangan warga Pangkalan. Kejohanan tersebut dihadiri Ketua Skuadron Bantuan Operasi, YBhg Lt Kol Hj Khalid bin Hamzah TUDM.