Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180125 WA0009IMG 20180125 WA0010IMG 20180125 WA0011IMG 20180125 WA0012IMG 20180125 WA0013IMG 20180125 WA0014

BUTTERWORTH, 25 Jan 18 - Pangkalan Udara Butterworth telah mengadakan Perbarisan Ajutan di Dispersal ASF Hangar. Perbarisan ini terdiri daripada 4 orang Pegawai dan 108 orang anggota Lain-Lain Pangkat yang diketuai oleh Kapten Mohd Hanafi bin Mahadi TUDM. Turut hadir dalam perbarisan ini adalah Pegawai-pegawai serta anggota Lain-lain Pangkat.

Ajutan Pangkalan, Kapten Mohd Izmer bin Ghazali TUDM telah memperingatkan berkenaan budaya rejimental yang menjadi asas disiplin ketenteraan dan memperingatkan mengenai larangan penyalahgunaan racun terkawal, bahan psikotropik dan aktiviti menghidu gam sepertimana yang telah dikeluarkan melalui Direktif Panglima Tentera Udara No 5A.

Pada akhir ucapannya, kesemua anggota ditegaskan sekali lagi supaya menjaga tahap disiplin dan mematuhi undang-undang agar terhindar daripada sebarang tindakan tataterib yang akan membawa kemudaratan pada diri sendiri dan perkhidmatan.