Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180131 WA0007IMG 20180131 WA0008IMG 20180131 WA0009IMG 20180131 WA0011IMG 20180131 WA0014IMG 20180131 WA0017

 

SUBANG, 30 Jan 18 - Pejabat Agama Pangkalan Udara Subang telah menganjurkan Seminar Solat Saintifik bertempat di Masjid Pangkalan Udara Subang. Pengisian seminar berjaya dilaksanakan melalui tiga slot iaitu kepentingan solat sempurna dan saintifik, sifat-sifat solat sempurna dan diakhiri dengan praktikal yang telah dikelolakan oleh Prof. Dr. Hasnan bin Kasan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seminar ini menerima kehadiran yang menggalakkan terdiri daripada kalangan pegawai dan anggota, kakitangan awam serta ahli BAKAT Pangkalan Udara Subang dengan jumlah kehadiran mencapai 260 orang.

Seminar yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat mengenai persoalan dan pelaksanaan solat khususnya dikalangan warga Pangkalan Udara Subang. Dengan memperbetulkan teknik pergerakan dan bacaan dalam solat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi meningkatkan kualiti ibadah dan kesihatan melalui amalan solat yang berkualiti.