Kemaskini Terakhir: Selasa,27 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180305 WA0001IMG 20180305 WA0008IMG 20180305 WA0011IMG 20180305 WA0014IMG 20180305 WA0015IMG 20180305 WA0017

 

LABUAN, 2 Mac 18 - Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato' Sardon bin Hassan TUDM telah merasmikan serta menyempurnakan Majlis Penutup dan Pembukaan Sukan antara Caw/Skn PU Labuan bagi tahun 2017/18 bertempat di Dewan Mutiara, PU Labuan. Dalam ucapan, YBhg Komander Pangkalan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua warga TUDM PU Labuan termasuk pegawai dan anggota dalam menjayakan temasya pada kali ini yang lebih baik dari tahun sebelumnya. PU Labuan secara keseluruhannya telah mencapai visi, misi dan matlamat bagi tahun 2017 dalam melahirkan warga TUDM yg aktif bergiat cergas dalam sukan yang diceburi. Pada majlis tersebut, No 5 Skn telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi tahun 2017 dengan mengungguli 5 sukan daripada 9 sukan yang dipertandingkan. Tahniah dan syabas atas semangat kesukanan yang tinggi serta daya usaha yang tidak mengenal erti kekalahan dalam pertandingan.