Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

 

SUBANG, 16 Mac 18 – Bagi mengekalkan gaya hidup sihat, No 22 Skn telah mengadakan sukan bulanan bertempat di kawasan Hangar. Acara dimulakan dengan latihan pemanasan badan dan larian sebelum sukan dijalankan. Antara sukan yang berlangsung adalah sukan badminton, takraw dan ping pong. Dalam pada itu, Pegawai Memerintah Skuadron, Lt Kol Baharin bin Mohamad TUDM juga telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga skuadron kerana dapat melaksanakan sukan bulanan ini walaupun terdapat kekangan dari segi masa. Beliau berharap agar warga skuadron dapat melaksanakan aktiviti bersukan setiap bulan dan sentiasa sihat dari segi mental dan fizikal supaya tugas dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang.