Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0007DSC 0028DSC 0039DSC 0048

 

KUANTAN, 21 Mac 18 – Bertempat di Wisma Ahli Udara PU Kuantan telah berlangsungnya Majlis Pembukaan Program Induksi Siri 1/18. Seramai 32 orang peserta dari pelbagai ketukangan setiap unit telah menyertai Program Induksi kali ini bermula 21 Mac 18 sehingga 4 April 18.
Turut hadir Pegawai Penjaga Wisma Ahli Udara, Mej Nor Ismazairiee bin Ismail TUDM serta wakil Pegawai Waran Pangkalan PW U I Norhisham bin Abidin. Pegawai Penjaga Wisma Ahli Udara telah merasmikan Majlis Pembukaan Program Induksi Ahli Baru kali ini. Tujuan Program ini dijalankan adalah bagi menerapkan budaya rejimental yang menjadi asas disiplin ketenteraan seiring dengan direktif PTU no 9 iaitu (Program Induksi/Orientasi/suaikenal Pegawai Muda dan Anggota LLP yang baru ditukarkan Ke Unit).