Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8416DSC 8472DSC 8482DSC 8496DSC 8620DSC 8643

 

GONG KEDAK, 23 Mac 18 - Pejabat Agama Pangkalan Udara Gong Kedak telah mangadakan Kursus Panduan Islam Fardhu Ain Tahap 3 siri 1/18 bermula 19 Mac 18 hingga 23 Mac 18 yang dihadiri 58 penuntut kursus Koperal Udara. Majlis Penutup Kursus PIFA telah diadakan di Dewan K-Force, Pangkalan Udara Gong Kedak yang dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM. Turut hadir sama Pegawai Agama Pangkalan, Mej Anuar bin Mat Zain, Penyelia Pejabat Agama Pangkalan serta Staf-staf Pejabat Agama dan penuntut kursus.

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan warga TUDM yang beriman melalui Pendidikan Islam yang dilaksanakan secara formal serta memberi kefahaman yang jelas kepada anggota-anggota muslim TUDM mengenai kaedah-kaedah amalan dan perlaksanaan ibadat yang betul. Selain itu juga, meningkatkan pengetahuan ilmu fardhu ain dikalangan anggota LLP TUDM yang beragama islam.