Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1554dsc 1556DSC 1669DSC 1726DSC 1739DSC 1762DSC 1816DSC 1823DSC 1835

 

GONG KEDAK, 6 Apr 18 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Program Bulan Keselamatan Peringkat Pangkalan bagi Tahun 2018 yang telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM. Program Perasmian Bulan Keselamatan Peringkat Pangkalan telah diadakan di Dewan Puteri Pangkalan yang turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai dan Anggota LLP Pangkalan Udara Gong Kedak.
Satu demontrasi kebakaran oleh pasukan Bomba Pangkalan diadakan sebagai simbolik bermulanya Program Bulan Keselamatan Pangkalan pada tahun ini. Selain itu Booth- booth keselamatan juga turut diadakan yang disertai oleh Cawang Kejuruteraan, No 11 Skuadron, Cawang Materiel, Cawang Tadbir serta Skuadron Bantuan Operasi. Booth- booth ini bertujuan memberi keterangan dan kesedaran kepentingan mengutamakan keselamatan. Di dalam program tersebut, turut diadakan majlis pemakaian pangkat kepada 2 Pegawai iaitu Kapt Muhammad Najib bin Mad Saad TUDM dari Cawang Kejuruteraan dan Kapt Mohd Fazli bin Ariffin TUDM dari Skuadron Bantuan Operasi dinaikkan ke pangkat Mejar TUDM.