Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

77a25cf4 24a4 4e1a 85ca 6c486d40f500753aad53 a1e7 49f1 a38a 703e41db273d

BANTING, 23 Mei 18 - AKS Tadbir, Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM telah meluangkan masa menziarahi Ketua Cawang Tadbir PU Kuantan, Lt Kol Abdul Hadi bin Abdullah TUDM dikediamannya di Banting. Lt Kol Abdul Hadi kini sedang bercuti sakit susulan daripada kemalangan jalan raya. AKS Tadbir dalam lawatannya turut menyampaikan sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM. Hadir sama pegawai dan staf dari MTU-Tadbir, Cawangan Perkhidmatan dan Rejimen TUDM.

2b773e39 d4e0 4c6e 927e b1573f4ac24fcfeef260 6784 446d a662 c85e9c7381d8

Seterusnya, AKS Tadbir juga menziarahi Adik Muhammad Akif bin Mohd Khairol, anak kepada FSjn Mohd Khairol bin Ibrahim (MPBU) di Bangi. Adik Muhammad Akif yang menghidap penyakit Hydrocephalus kini terlantar dan memerlukan penjagaan sepenuh masa dari ibu bapa. AKS Tadbir turut menyampaikan sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM dan cek sumbangan dari Tabung Kebajikan Angkatan Tentera serta Tabung Zakat ATM. Lawatan ini disertai oleh pegawai dan staf MTU-Tadbir Cawangan Perkhidmatan MPBU.