Kemaskini Terakhir: Isnin,25 Jun 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

23

SUBANG, 8 Jun – Satu perjumpaan bersama Pegawai Memerintah No 22 Skuadron, Lt Kol Baharin bin Mohamad TUDM telah diadakan di Auditorium No 22 Skuadron. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Eksekutif-eksekutif Skuadron serta seluruh warga No 22 Skuadron.

Di dalam ucapan beliau, beliau menggesa agar ketua-ketua SPU untuk membangkitkan isu-isu yang telah dibangkitkan ke Mesyuarat Pegawai Memerintah walaupun perkara tersebut telah direkodkan di dalam fail SPU agar perkara-perkara yang penting tidak terlepas pandang dan dapat diambil tindakan.

Sempena sambutan Hari Raya yang akan tiba tidak lama lagi, beliau telah mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh warga No 22 Skuadron dan menasihati agar mengutamakan keselamatan dan tidak tergesa-gesa ketika memandu pulang ke kampung halaman.

Beliau juga mengingatkan agar memastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan yang selamat serta tidak meninggalkan barang-barang berharga di dalam rumah. Perjumpaan tersebut diakhiri dengan penyampaian sumbangan skuadron kepada pegawai dan anggota yang mendapat cahaya mata pertama.