Kemaskini Terakhir: Khamis,15 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 06 09 at 14.12.54WhatsApp Image 2018 06 09 at 14.12.58 1WhatsApp Image 2018 06 09 at 14.12.58WhatsApp Image 2018 06 09 at 14.12.59WhatsApp Image 2018 06 09 at 14.13.00 1WhatsApp Image 2018 06 09 at 14.13.00WhatsApp Image 2018 06 09 at 14.13.01

BUTTERWORTH, 8 Jun 18 – Pangkalan Udara Butterworth telah melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2018 di Dewan Setia Pangkalan Udara Butterworth. Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi dihadiri oleh 141 peserta yang terdiri daripada pegawai, anggota lain-lain pangkat, BAKAT dan pekerja awam di Pangkalan Udara Butterworth. Komander Pangkalan Udara Butterworth, Kol Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM dan Isteri, Puan Nur Shahidaa binti Abdullah selaku Pengerusi BAKAT Pangkalan Udara Butterworth turut hadir ke majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran beramai-ramai dan seterusnya bacaan doa Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Pegawai Agama Pangkalan, Kapt Omar bin Salleh. Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta Tadarus Al-Quran yang telah berjaya mengkhatam Al-Quran pada bulan Ramadhan tahun ini.