Kemaskini Terakhir: Selasa,13 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 07 04 at 20.40.50WhatsApp Image 2018 07 04 at 20.40.53 1WhatsApp Image 2018 07 04 at 20.40.55WhatsApp Image 2018 07 04 at 20.40.56WhatsApp Image 2018 07 04 at 20.40.57WhatsApp Image 2018 07 04 at 20.41.00WhatsApp Image 2018 07 04 at 20.41.02WhatsApp Image 2018 07 04 at 20.41.04WhatsApp Image 2018 07 04 at 20.41.05

 

LABUAN, 4 Jul 18 - Pangkalan Udara Labuan telah mengadakan Program Minggu Keselamatan Tahun 2018. Program ini telah dirasmikan oleh Brig Jen Sardon bin Hassan TUDM bermula dari 25 sehingga 29 Jun 2018.
Fokus bagi Program Minggu Keselamatan ini adalah Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Kesedaran Kesihatan Keluarga, Kesedaran Keselamatan Jalanraya bagi Anak-anak Sekolah Kebangsaan Membidai dan Gotong-royong Perdana bagi memerangi wabak denggi. Terdapat juga penglibatan dari agensi-agensi luar seperti Jabatan Kesihatan W.P Labuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JPAM Labuan, JKKP Labuan, PDRM, AADK dan Unit Pemusnah Bom Sabah.
Terdapat dua pertandingan yang telah dijalankan sepanjang minggu keselamatan ini iaitu pertandingan poster yang telah dimenangi oleh No 14 Skn dan pertandingan esei yang telah dimenangi oleh Cawang Operasi.