Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Jul 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1904DSC 1945DSC 1952DSC 1968DSC 1976DSC 1984DSC 2044DSC 2092DSC 2655DSC 2657DSC 2756DSC 2778

 

KUANTAN, 7 Jul 18 – Pangkalan Udara Kuantan telah menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di hangar No 10 Skn. Turut hadir pada majlis tersebut Komander Pangkalan, Brig Jen Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM bersama keluarga serta Pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan.
Sambutan raya pada kali ini dijalankan dengan berkonsepkan rumah terbuka dimana setiap Skn dan Cawang dalam PU Kuantan menyediakan juadah makanan di booth masing-masing. Pihak Pangkalan juga menganjurkan pertandingan booth tercantik dan kreatif. Pertandingan booth tercantik pada tahun ini telah dimenangi oleh Skn 401 GBAD. Pihak Pangkalan turut memberikan sumbangan duit raya pada anak-anak anggota. Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari Airwave Band. Diakhir majlis satu persembahanpyro dan bunga api turut dipertontonkan.