BUTTERWORTH, 10 Jul 18 - No 3 Skuadron, PU Butterworth yang diketuai oleh Mej Mohd Faizal bin Abdul Latif TUDM telah mengadakan satu lawatan ke Angkatan Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Utara lebih dikenali sebagai APM yang terletak di Jalan Bagan Jermal, Butterworth Pulau Pinang. Lawatan ini telah dirancang oleh Pegawai Keselamatan No 3 Skn, Mej Mohd Ariffaizi bin Omar TUDM sebagai salah satu aktiviti keselamatan skuadron yang disertai 07 Pegawai dan 26 Anggota LLP daripada No 3 Skuadron.
Dalam sesi lawatan ini, para peserta telah ditaklimatkan tentang tugas dan peranan APM oleh Kapt (PA) Amirul Asyraf bin Mohamad Mayidin. Di samping itu, penerangan tentang cara merawat patukan berbisa oleh APM turut disampaikan. Setelah selesai sesi taklimat, para peserta lawatan telah dibawa melawat ke sekitar kawasan APM.
Sesi lawatan telah berakhir sekitar jam 12 tengahari dengan sesi pemberian cenderahati dan penggambaran bersama staf APM di hadapan lobi pejabat APM.