Kemaskini Terakhir: Jumaat,21 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0259DSC 0279DSC 0311DSC 0342DSC 0376DSC 0443DSC 0454DSC 0490DSC 0499DSC 0590DSC 0613DSC 0632

TANJUNG BUNGAH, 7 Jul 18 - Di Institut Kepimpinan Dan Pengurusan (INSKEP) Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri INSKEP dan Malam Graduasi Junior Officer Course (JOC) siri 5/18 di Dewan Terbuka INSKEP. Majlis sambutan hari raya ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan hubungan silaturahim serta memberi ruang kepada semua warga INSKEP dan keluarga serta pelbagai agensi luar sekitar inskep untuk berkumpul dan meraikan hari raya bersama. Selain itu juga, majlis ini turut diselitkan dengan Majlis Graduasi JOC siri 5/18 yang mana merupakan kemuncak bagi peserta kursus JOC sebelum menamatkan kursus.
Pegawai Memerintah INSKEP, Mej Nurul Amir bin Othman TUDM, Mr Jack Chee wakil kepada Yang Berhormat Zairil bin Khir Johari ADUN Tanjung Bungah serta Ketua-ketua Jabatan dari pelbagai agensi yang hadir telah melawat setiap booth yang disediakan. Diantara Booth yang terlibat adalah Seksyen Latih, Material, Tadbir, Fasilitas, Komatra, Gabungan Peserta Kursus, dan BAKAT INSKEP telah menyediakan pelbagai juadah makanan dan minuman dalam majlis tersebut.
Antara aktiviti yang terdapat dalam majlis tersebut adalah pertandingan Booth kreatif, persembahan muzik dan nyanyian dari Eden Busker oleh Abang Pak Yus Penang, tayangan vedio dan persembahan dari penuntut kursus JOC Siri 5/18, penyampaian duit raya kepada anak- anak warga INSKEP yang hadir diberi oleh Pegawai Memerintah INSKEP dan isteri, penyampaian hadiah bagi pemenang Booth terbaik, Outfit Of The Day (OOTD) lelaki dan wanita, populariti best selfie di Instagram bagi sambutan hari raya INSKEP bagi tahun 2018 dengan hashtag (#rayadoinskep2018), Farewell Staf INSKEP dan akhir sekali ucapan Pegawai Memerintah INSKEP.