Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 6374DSC 6376DSC 6385DSC 6387DSC 6395DSC 6421DSC 6451DSC 6477DSC 6513DSC 6516DSC 6523DSC 6524DSC 6539DSC 6550DSC 6555DSC 6562DSC 6635DSC 6649DSC 6657DSC 6679

GONG KEDAK, 13 Jul 18 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah mangadakan Rumah Terbuka Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertemakan Riang Ria Aidilfitri yang diadakan di Dewan Puteri Pangkalan Udara Gong Kedak. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin hussain TUDM dan isteri Datin Noor Suriati binti Mohd Suri serta Pegawai Eksekutif, pegawai dan anggota bersama ahli keluarga masing-masing.
Kemeriahan Majlis Hari Raya Aidilfitri disinari dengan dekorasi serta hiasan yang menarik dari setiap sudut gerai serta pelbagai juadah dan hidangan yang disediakan. Antara gerai-gerai yang memeriahkan suasana Aidilfitri pada malam tersebut ialah No 11 Skuadron, Cawang Kejuruteraan, Cawang Tadbir, Cawang Material, Provos, Skn 321, Skn Bantuan Operasi, ATSC, KOMATRA, Gabungan Tadbir Awan/PERNAMA, Gabungan Distini/ZETRO dan HeiTech Padu Bhd.
Majlis diserikan lagi dengan pemberian duit raya oleh Komander Pangkalan dan isteri kepada anak-anak warga pangkalan yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan diakhiri dengan pertunjukkan bunga api.