Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12

KUALA LUMPUR, 19 Jul 18 – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Perkhidmatan antara Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM dengan Lt Kol Mohd Khair bin Shaari TUDM telah berlangsung di Mes Wira Angkasa, Pangkalan Udara Kuala Lumpur hari ini.

Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM akan ke National Defence University, Pakistan bagi mengikuti kursus National Security & War selama setahun mulai 1 Ogos 18 hingga 30 Jun 19.

Majlis serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh Asisten Ketua Staf (AKS) Tadbir, Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM.

34

Pada majlis yang sama, AKS Tadbir juga menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada dua anggota MTU-Perkhidmatan iaitu PW U II Dennis anak Sayeng yang dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran Udara 1 dan Kpl U Mohd Fahmi bin Nawi ke Sarjan Udara.

56737423099 1816376801783291 5655425520179871744 n

Turut diadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan pegawai dan anggota serta kakitangan awam yang bertukar keluar dan menamatkan perkhidmatan. Penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan telah disempurnakan oleh AKS Tadbir.

8