Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7275DSC 7285DSC 7295DSC 7315DSC 7342DSC 7365DSC 7386DSC 7409DSC 7410DSC 7433DSC 7466DSC 7477

 

GONG KEDAK, 20 Jul 18 - Program Derma Darah Sempena HUT TUDM ke -60 telah dianjurkan oleh Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Unit Transfusi Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ )Kuala Terengganu.

Program Derma Darah ini diadakan di Dewan Puteri Pangkalan Udara Gong Kedak yang melibatkan 9 kakitangan RSAT dan 20 Kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah. Sebelum program berlangsung turut diadakan Ceramah Kesihatan berkenaan “Kepentingan Menderma Darah” yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan Pangkalan, Kapt (Dr) Adif Faidz bin Daud. Jumlah penyertaan pendaftaran menderma darah seramai 163 anggota dan 147 pek darah berjaya diperolehi.

Penganjuran Program Derma Darah ini adalah merupakan salah satu cara untuk membantu di dalam menangani masalah kekurangan bekalan darah yang dihadapi oleh unit tabung darah di setiap hospital di seluruh negara. Disamping itu juga, dapat mengekalkan tahap kesihatan dan memberi peluang kepada anggota untuk membantu mereka yang memerlukan.

Turut hadir pada Program Derma Darah Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Anggota Lain-lain Pangkat Pangkalan Udara Gong Kedak.