Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1e666558 c53d 43be 902d b922f35491f616d9dde9 562d 429d ae2b e75ecb7b8ee9febcfb7d 22ea 4d9c 953a 313f70f6866f

SUBANG, 27 Jul 18 - Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan Latihan Menembak Rifle M4 Carbine Siri 1/18 pada 24 Jul 18 hingga 26 Jul 18 di Lapangsasar Alpha Kem Perdana Sungai Besi melibatkan Pegawai, Anggota LLP dan Unit-Unit Lodger PU Subang.

Latihan menembak kali ini dijalankan dalam dua Praktis iaitu Praktis 1 dijarak 100 meter Meniarap dan Praktis 2 dijarak 100 meter 4 kedudukan. Panglima Pendidikan dan Latihan Udara serta Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara turut serta dalam latihan pada kali ini.

Pada hari terakhir, satu Pertandingan Jatuh Piring telah dilaksanakan yang mana pertandingan ini disertai oleh 126 pegawai dan 884 anggota LLP Pangkalan Udara Subang dan Unit lodger. Pertandingan ini telah dimenangi oleh penembak dari No 2 Skn.

Manakala Jaguh Menembak telah disandang oleh PW U ll Saiful Nizam bin Muhammad (MPPLU) dan Skuadron terbaik bagi latihan siri kali ini disandang oleh Cawang Tadbir (gabungan Cawang Tadbir & Skuadron 208 Provos).

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM.

c8a826b4 8251 4b49 93a3 2db2a74713a1