Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0094DSC 0097DSC 0099

KUALA LUMPUR, 27 Jul 18 – Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Udara (MTU-Kejuruteraan) telah mengadakan majlis pemakaian pangkat dan meraikan anggota yang akan menamatkan perkhidmatan serta bertukar keluar.

Seramai tiga anggota MTU-Kejuruteraan dinaikkan pangkat pada majlis ini iaitu Sjn U Juhari bin Mohammad Isa dan Sjn U Mohd Andika bin Ariff ke pangkat Flait Sarjan serta LUK (W) Siti Hajar binti Abd Halim ke pangkat Koperal Udara.

DSC 0101DSC 0103DSC 0105

Manakala anggota yang diraikan sempena tamat perkhidmatan dan bertukar keluar adalah PW U I Mustafa bin Mohd Saad (menjalani latihan peralihan pada 14 Sep 18 hingga 13 Mac 19), PW U II Agos Harianto bin Kahar (bertukar keluar ke PU Kuantan) dan FSjn Asrul Hafiz bin Azizan (bertukar keluar ke Kolej Tentera Udara.

Majlis pemakaian pangkat dan penyampaian cenderahati kepada anggota yang diraikan telah disempurnakan oleh AKS Kejuruteraan, Mej Jen Dato’ Ir Razali bin Abd Ghani TUDM.