Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 5427DSC 5443DSC 5467DSC 5508DSC 5532DSC 5553DSC 5568DSC 5570DSC 5572

 

KUANTAN, 26 Jul 18 – PU Kuantan telah melaksanakan latihan Pre Accident Plan di Padang Umum Felda Panching Utara menggambarkan satu senario sebuah pesawat Helikopter EC725AP membuat pendaratan cemas kerana mengalami masalah teknikal di bahagian gearbox pesawat tersebut.

Latihan pada kali ini dibuat secara menyeluruh dimana setiap operasi direkod dan dibuat mengikut keadaan yang sebenar bagi mengenal pasti dan menambah baik operasi menyelamatkan mangsa. Bomba Pangkalan, Skn 103 Provos, Crash And Salvage Crew dari Cawang Kejuruteraan dan RSAT PU Kuantan turut terlibat secara langsung dalam latihan ini.

Turut hadir untuk menyaksikan latihan ini ialah Komander Pangkalan YBhg Brig Jen Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM.
Selesai latihan PAP, program diteruskan lagi dengan pameran kerjaya dan aktiviti jiwa murni bagi membersih dan mengecat kawasan Sekolah. Selain itu juga terdapat pertandingan mewarna bagi pelajar-pelajar sekolah yang hadir dan pemeriksaan kesihatan percuma anjuran RSAT PU Kuantan.