Kemaskini Terakhir: Khamis,12 Dis 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7039DSC 7132DSC 7177DSC 7185DSC 7208

 

KUCHING, 13 Jul 18 – Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan majlis sambutan Hari Gawai dan Raya Aidilfitri yang bertempat di Dewan Sri Angkasa. Turut hadir pada majlis tersebut Komander Pangkalan, Kol Masro bin Kaliwon TUDM bersama keluarga serta pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan.
Sambutan raya pada kali ini dijalankan dengan berkonsepkan rumah terbuka dimana setiap Skn dan Cawang dalam PU Kuching menyediakan juadah makanan di booth masing-masing. Pihak Pangkalan juga menganjurkan pertandingan booth tercantik dan kreatif. Pertandingan booth tercantik pada tahun ini telah dimenangi oleh Skn 105 Provos. Pihak Pangkalan turut memberikan sumbangan duit raya pada anak-anak anggota. Diakhir majlis satu persembahan pyro dan bunga api turut dipertontonkan.