Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

20e9acc4 9bb5 4b11 8ea0 55e306498a13373b4460 3b0d 438e 887c c5d68d33463b901edf5d 04b7 41b9 8a15 0db9ad082ad352006945 d9c1 41a8 9ff3 2558207d7eb079176866 8699 4c2b b635 5402002df208b26ecd97 b9f4 44fe a59f d5db757fdb28be7d2ada 5d9d 4ece 86ac 82cf8a843fb5e1dd50b5 f943 4a41 a456 7489b6c72f5c

GONG KEDAK, 26 Jul 18 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Latihan Menembak Senjata Rifle Colt M4 Carbine di Lapang Sasar Bukit Merbau Selising. Latihan menembak dijalankan secara berperingkat selama 4 hari bermula 23 Jul 18 hingga 26 Jul 18 yang melibatkan semua anggota Pangkalan Udara Gong Kedak. Turut serta dalam latihan tersebut ialah Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM.

Latihan menembak ini diadakan bertujuan meningkatkan tahap kemahiran serta kecekapan pegawai dan anggota dalam mengendalikan Senjata Rifle Colt M4 Carbine. Dalam latihan tersebut turut diadakan pertandingan menembak piring yang telah dimenangi oleh Pegawai Memerintah No 11 Skn, Kol Rozainy bin Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie TUDM bersama Ketua Skuadron Provos Mej Mohd Noor Hafiz bin Mat Said TUDM.