Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FullSizeRender 1FullSizeRender 2FullSizeRender

 

SUBANG, 8 Ogos 18 - Seramai 18 orang pegawai muda dari ketukangan Cawang Tadbir telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pegawai Tadbir Siri 42/18 di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Subang.
Upacara pemakaian lencana cawang dan penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Ahmad bin Abd Rahman TUDM. Secara keseluruhannya, Lt M Asyraf bin MD Daud TUDM telah dianugerahkan sebagai Penuntut Akademik Terbaik. Kursus yang telah bermula pada 9 Apr 18 sehingga 10 Ogos 18 ini telah berjaya diharungi oleh kesemua penuntut.
Turut hadir pada majlis ini ialah Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM, Pengarah Pasukan Simpanan Tentera Udara, dan Lt Kol Amrul bin Yacob TUDM, Ketua Cawang Tadbir PU Subang.