Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0029DSC 0041DSC 0043DSC 0073DSC 0075DSC 0076DSC 0079DSC 0082DSC 0084DSC 0088DSC 0105DSC 0124

SUBANG, 10 Ogos 18 - Minggu Keselamatan Pangkalan Udara Subang telah melabuhkan tirainya sebentar tadi. Minggu Keselamatan pada kali ini yang bertemakan "You Are The Key For Your Own Safety" telah berjaya dilaksanakan mulai 7 Ogos 18 hingga 10 Ogos 18 dan Majlis Perasmian Penutup ini telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dan turut dihadiri oleh Pegawai Kanan Pangkalan serta anggota PU Subang yang lain.

Antara objektif bagi perlaksanaan Program Minggu Keselamatan PU Subang selain memenuhi program tahunan keselamatan pangkalan, ia juga dapat mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan keselamatan dikalangan anggota dan ahli keluarga warga pangkalan.

Beberapa agensi - agensi luar seperti SMART, NADMA MALAYSIA, NIOSH MALAYSIA, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan PDRM telah dijemput untuk menyampaikan ceramah serta menyediakan booth pameran disepanjang program ini berlangsung.

Terdapat dua pertandingan yang telah dijalankan sepanjang minggu keselamatan ini iaitu pertandingan poster yang telah dimenangi oleh FSjn Mohd Suhaidi bin Abd Karim dari No 2 Skn dan pertandingan video keselamatan yang telah dimenangi oleh PLTT Angkut.