Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180812 WA0003IMG 20180812 WA0006IMG 20180812 WA0007IMG 20180812 WA0008IMG 20180812 WA0009

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2018 - BAKAT Udara Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) dan Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah digabungkan dan membentuk BAKAT Udara Operasi & Bantuan (BOB). Penjenamaan ini adalah langkah yg diambil bermula Julai tahun ni sebagai sebahagian usaha menyelaras aktiviti-aktiviti kedua-dua BAKAT Udara MPOU & MPBU yang akan berpindah ke Pangkalan Udara Subang pada masa hadapan.

Justeru, bagi merealisasikan usaha tersebut, satu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BOB telah diadakan bertempat d Mes Wira Angkasa, Pangkalan Udara Kuala Lumpur. AGM pertama BOB telah dipengerusikan oleh Pn Hajjah Salamiah binti Ismail. Turut sama dalam AGM tersebut ialah Pn Nor Asmah binti Hashim - Timbalan Pengerusi 1 dan Pn Hajjah Robiah binti Abdullah - Timbalan Pengerusi 2 serta Penasihat BOB iaitu Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM - AKS A1 MPOU.

Dalam AGM kali ini para ahli telah turut serta dalam proses pengundian bagi pencalonan jawatan-jawatan organisasi BOB. Terdapat 27 jawatan yang dipertandingkan iaitu Setiausaha, Bendahari, 5 Ketua Biro, 10 Ahli Jawatankuasa dan 10 Ahli Jawatankuasa Kecil. Ahli-ahli BOB juga telah diberi penerangan berkenaan dengan Perlembagaan BAKAT Udara serta perkara-perkara berkaitan dengan struktur serta penglibatan BAKAT Udara dengan program-program diperingkat Jemaah Tertinggi dan ATM.

Sebelum mengahiri AGM kali ini, kelima-lima Ketua Biro telah membentangkan cadangan aktiviti-aktiviti untuk dilaksanakan pada tahun ini. Ahli-ahli juga turut memberi beberapa pandangan dan idea bagi menambah baik dari segi pelaksanaan aktiviti dan penyampaian maklumat.