Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456789

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 18 - Satu mesyuarat tahunan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) peringkat Markas Tentera Udara (MTU) telah diadakan di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Kuala Lumpur hari ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Masniza binti Abdullah selaku Pengerusi BAKAT MTU dan dihadiri oleh barisan biro AJK serta ahli-ahli BAKAT MTU.

Terdahulu, Kol Ghazali bin Yayah TUDM, Pengarah Pembangunan Sumber Manusia (MTU-BSM) yang mewakili Pegawai Memerintah MTU telah menyampaikan ucapan pembukaan beliau sebelum mesyuarat tahunan BAKAT MTU secara rasminya bersidang. Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Pengarah Bahagian dan Pegawai Kanan Bahagian yang bertugas di MTU.

Mesyuarat pada kali ini telah membincangkan mengenai perlembagaan BAKAT Udara, Pembentangan Laporan Kewangan Semasa serta Perancangan Aktiviti Tahun 2018 oleh semua biro terlibat.

Diakhir mesyuarat ini telah berlangsung sesi bergambar bersama semua ahli-ahli BAKAT MTU yang telah menjayakan mesyuarat tahunan BAKAT peringkat MTU bagi tahun 2018.