Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 08 13 at 11.06.55WhatsApp Image 2018 08 13 at 11.07.07WhatsApp Image 2018 08 13 at 11.07.24WhatsApp Image 2018 08 13 at 11.07.35WhatsApp Image 2018 08 13 at 11.07.51

 

SUBANG, 12 Ogos 18 - Skuad COMBI PU Subang telah menerima Anugerah Cemerlang Skuad Anti Denggi 2018 Peringkat Daerah Petaling semasa Majlis Konvensyen Skuad Anti Denggi 2018 Peringkat Daerah Petaling pada 12 Ogos 18 (Ahad).
Dalam konvensyen tersebut, Lt Kol Amrul bin Yacob TUDM selaku Pengerusi COMBI PU Subang telah menerima Plaka dan Sijil Anugerah Cemerlang daripada YB Dr Siti Mariah binti Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor. Konvensyen yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Tindakan Denggi Daerah Petaling ini adalah sebagai galakan dan penghargaan kepada Skuad Anti Denggi yang memainkan peranan yang amat penting dalam mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti bagi membanteras serta menghapuskan wabak denggi di kawasan lokaliti masing-masing.
Konvensyen ini juga adalah bertujuan untuk mengadakan promosi dan berkongsi maklumat antara Skuad Anti Denggi Daerah Petaling dalam merancang program bersepadu membanteras denggi. Skuad COMBI PU Subang yang telah ditubuhkan pada bulan Mac 2018 telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti dalam membanteras wabak denggi di kawasan RKAT PU Subang. Dengan aktiviti terancang, kerjasama dan komitmen semua ahli COMBI PU Subang, Pejabat Perumahan, RSAT Pangkalan dan Institut Perubatan Penerbangan (IPP), wabak denggi berstatus hotspot di kawasan RKAT PU Subang dapat dihapuskan.