Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180814 WA0027IMG 20180814 WA0028IMG 20180814 WA0029IMG 20180814 WA0030IMG 20180814 WA0031IMG 20180814 WA0032IMG 20180814 WA0033

 

BUTTERWORTH, 13 Ogos 18 - Ketua Staf Khidmat, Kol Izani bin Salleh TUDM mewakili Panglima Bantuan Udara bersama delegasi yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kanan Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah tiba di Pangkalan Udara Butterworth. Ketibaannya delegasi disambut oleh Komander Pangkalan Udara Butterworth, Kol Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM dan pegawai-pegawai dari Pangkalan Udara Butterworth. Delegasi ini telah dibawa ke Bilik Mesyuarat Pangkalan untuk sesi Taklimat dan Penyerahan Final Milestone Naik Taraf BETF.

Seterusnya, Ketua Staf Khidmat serta delegasi telah dibawa melawat ke BETF bagi melihat sendiri bagaimana proses Engine 404-GE-F402 Pesawat F/A-18D diuji selepas melalui proses pembaikkan sebelum diserahkan kepada pihak skuadron untuk dipasang pada pesawat. Sebanyak 8 enjin telah berjaya diuji semenjak BETF yang baru dirasmikan pada 30 Apr 18 yang lalu oleh YBhg Panglima Tentera udara. Delegasi telah berlepas dari Pangkalan Udara Butterworth pada jam 1430 setelah selesai jamuan makan tengah hari.